ANALISIS KOMPONEN STANDARD GURU MALAYSIA KE ARAH MELAHIRKAN GURU MALAYSIA YANG BERTARAF DUNIA
Kerangka Standard Guru Malaysia.
Model kerangka Standard Guru Malaysia
Komponen Standard Guru Malaysia (SGM) mempunyai tiga komponen utama yang memperincikan tahap profesionalisme seseorang guru demi melahirkan modal insan yang unggul yang kemudiannya dapat menaikkan nama negara di persada dunia. Tiga komponen Standard Guru Malaysia (SGM) itu adalah komponen asas penentuan standard dan keperluan, komponen standard dan komponen keperluan.
Untuk melahirkan guru Malaysia yang bertaraf dunia, setiap guru serta institusi pendidikan perlulah menghayati, menerapkan dan mengamalkan komponen-komponen tersebut. Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Guru, guru yang kompeten dan professional adalah guru yang mempunyai sifat dan berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung warisan negara serta menyanjung aspirasi kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu serta memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Standard dan keperluan diperincikan berasaskn aspek-aspek seperti berikut:
1. Misi Nasional
Misi Nasional telah menggariskan lima (5) teras utama untuk memastikan prestasi yang tinggi dan impak yang maksimum daripada pembangunan negara dapat dicapai. Lima teras utama itu adalah:
- Meningkatkan ekonomi dan rantaian nilai yang lebih tinggi.
- Meningktkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.
- Menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan dengan membina dan produktif.
- Meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup.
- Mengukuhkah keupayaan institusi dan perlaksanaanya.
2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan untuk menuju ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Apabila ini dapat dicapai, negara dapat melahirkan ramai insan yang seimbang dan harmonis dari pelbagai aspek, iaitu, aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah untuk mencapai dua matlamat iaitu matlamat intrinsik dan matlamat ekstrinsik.
Berdasarkan matlamat intriksik, Falsafah Pendidikan Kebangsaan berusaha untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berketerampilan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berpegang teguh kepada ajaran agama serta berkemampuan untuk mencapai kesejahteraan diri.
Manakala daripada sudut matlamat ekstrinsik pula, Falsafah Pendidikan Kebangsaan berusaha untuk melahirkan warganegara yang dapat memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
3. Falsafah Pendidikan Guru (FPG).
Pendidikan guru di Malaysia adalah untuk melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangn progresif dan saintifik, beredia menjunjung warisan negara serta menyanjung aspirasi kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. (BPG, KPM, 1982)
4. Tatasusilah Profesion Keguruan.
Tatasusilah Profesion Keguruan ini disediakan dalam bentuk ikrar yang bertujuan untuk menjaga nama baik prefesion keguruan serta meningkatkan mutu profesion semua guru di Malaysia.
![]() |
Ikrar Tatasusilah Profesion Keguruan |
5. Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.
Terdapat 6 prinsip yang perlu dilaksanakan dan dihayati dengan betul, iaitu:
Standard Guru Malaysia adalah digubal berdasarkan rujukan serta penandaaras standard-standard yang telah disediakan dalam sistem Pendidikan Malaysia dan Standard Pendidikan Guru di beberapa negara maju yang lain.
Untuk melahirkan guru Malaysia yang bertaraf dunia, setiap guru serta institusi pendidikan perlulah menghayati, menerapkan dan mengamalkan komponen-komponen tersebut (Komponen penentu Standard dan Keperluan, Komponen Standard dan Komponen Keperluan). Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Guru, guru yang kompeten dan professional adalah guru yang mempunyai sifat dan berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung warisan negara serta menyanjung aspirasi kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu serta memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Seorang guru perlulah bersedia untuk meletakkan kepentingan utama kepada murid, ibu bapa, masyarakat dan negara melebihi diri sendiri. Guru tersebut perlulah bersedia menghulurkan bantuan secara ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Sebagai contoh, Samuel Isaiah yang merupakan salah seorang finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020. Samuel adalah seorang guru yang telah ditempatkan untuk bekerja di Sekolah Kebangsaan Runchang, Rompin di mana ia merupakan sebuah sekolah pendalaman buat anak-anak orang asli. Samuel merasakan dirinya tidak sepatutnya ditempatkan untuk bekerja di sana kerana menurutnya, penempatan tersebut tidak dapat melonjakkan kariernya sebagai seorang guru yang berprestasi. Namun tanpa disedarinya Samuel sudah mengajar di sana hampir 8 tahun dan masih mempunyai hubungan yang akrab dengan pelajar-pelajarnya meskipun telah menamatkan tempoh kerjayanya disana untuk melanjutkan pengajian. Samuel juga masih membantu pelajar-pelajarnya di sana yang ketinggalan dalam pelajaran sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Menurut Samuel walaupun lokasi sekolah itu berada di pendalaman, akan tetapi tempat itu jugalah yang telah mengajar beliau banyak perkara mengenai kehidupan.
Komponen Standard:
Di dalam tunjang komponen standard ini, ia dibahagikan kepada tiga standard.
Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman.
Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran.
Standard pertama memperincikan amalan nilai profesionalisme keguruan yang berdasarkan domain diri, domain profesion dan domain sosial yang patut ada dalam diri seseorang guru. Domain diri merujuk kepada pegangan nilai diri seseorang guru yang telah tersedia ada. Nilai ini patut diperkembangkan supaya setiap guru dapat memberikan sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara. Antara nilai yang patut ada pada seseorang guru yang kompeten adalah nilai kepercayaan kepada Tuhan, amanah, adil, daya saing, berilmu, berkemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela serta efisien.
Guru tak usah segan untuk bersahabat dengan murid memandangkan murid meluangkn waktu yang lama di sekolah berbanding di rumah. |
Pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa komunikasi. Norzaini dan Mohamed Sani (2007) berpendapat bahawa seorang guru yang berkesan bukan sahaja mengajar mata pelajaran akademik, tetapi turut berperanan sebagai penasihat, perunding, pendorong, pakar rujuk dan mengawasi disiplin. Profesion keguruan juga merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang besar bukan sahaja terhadap murid yang diajar tetapi juga kepada Allah, ibu bapa murid, masyarakat dan negara.
Domain profesion pula merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang professional. Nilai-nilai yang ditekankan adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif. Manakala, domain sosial pula merujuk kepada guru yang merupakan agen sosialisasi dan penjana model insan dalam masyarakat. Nilai-nilai yang patut diamalkan ialah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotism dan kecintaan terhadap alam sekitar.
ππ·
Merujuk kepada standard kedua yang memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru. Guru yang menguasai ilmu pengetahuan yang tinggi dan mendalam dapat meningkatkan tahap professionalisme keguruan mereka, melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam setiap tugasan yang dilakukan. Terdapat 8 bidang pengetahuan yang perlu dikuasai oleh seseorang guru. Antaranya adalah:
S2.1 β Falsafah, matlamat dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
S2.2 β Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kojurikulum, hasil pembelajran dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek yang diajar.
S2.3 β Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.
S2.4 β Kandungan ilmu pendidikan
S2.5 β Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam perlaksanaan kurikulum dan kokurikulum.
S2.6 β Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
S2.7 β Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran.
S2.8 β Potensi murid dan cara mengembangkan secara menyeluruh dan bersepadu.
Seorang guru yang kompeten haruslah menguasai bidang-bidang tersebut untuk meningkatkan kemajuan dan tahap professionalisme keguruan mereka.
Terdapat juga beberapa guru daripada Malaysia yang telah menerima anugerah kecemerlangan bagi inovasi-inovasi yang mereka cipta untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran untuk tingkatkan tahap pemahaman para pelajarnya.
Sebagai contoh seorang guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ave Maria Convent Ipoh telah diiktirafkan sebagai Guru Cemerlang Kimia untuk memenangi anugerah Global Teacher award 2021. Kemenangannya telah menarik perhatian ramai orang terutamanya dalam kalangan pendidik di Malaysia ini. Cikgu Komathy yang berusi 38 tahun itu telah menerima pengiktirafan antarabangsa secara maya melalui saluran youtube AKS Education Award. Cikgu Komathy secara tidak langsung telah mengharumkan nama negara dan menaikkan lagi nama dan kualiti guru di Malaysia ini. Cikgu Komathy merupakan seorang graduan lulusan Sarjana Pendidikan Kimia dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau bukan sahaja aktif dalam mendidik pelajarnya dalam subjek kimia sahaja malah beliau juga aktif dalam bidang inovasi sehingga namanya dikenali di peringkat antarabangsa. Antara produk inovasinya adalah Chem-Ester Kit: Chem-Ester Kit 2.0 dan Biomass Activated Carbon (BAC) for Toxic Dyes Removal: Towards a Sustainable Environment.
Chem-Ester Kit: Chem-Ester Kit 2.0 ialah produk pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) Kimia yang berupa modul bimbingan berbentuk kad permainan yang mempunyai reka bentuk bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajarnya terhadap penulisan formula molekul, struktur, penamaan bagi sebatian alkane, alkena, alkuna, alcohol, asid karboksilik dan ester. Manakala inovasi Biomass Activated Carbon (BAC) for Toxic Dyes Removal: Towards a Sustainable Environment adalah produk aplikasi ilmu kimia dalam menyelesaikan masalah. Ia bertujuan untuk mengembangkan karbon aktif biomas daripada tiga sisa pertanian iaitu serabut tebu, sekam kelapa dan kulit pisang untuk menghilangkan pewarna beracun daripada air yang tercemar.
Hasil inovasinya adalah bertujuan untuk menarik dan mencungkil minat pelajar-pelajarnya dalam bidang kimia kerana subjek kimia mungkin menjadi salah satu subjek yang kurang digemari akibat terlalu banyak formula dan pengiraan yang boleh menyebabkan para pelajar senang putus asa dan hilang fokus. Oleh itu subjek seperti ini memerlukan kaedah pengajaran yang menarik dan menghiburkan.
Selain daripada cikgu Komathy, terdapat juga seorang guru Kolej Vokasional Sabah, Mohd Sirhajwan Idek. Beliau telah mengharumkan nama negara apabila berjaya menjuarai Anugerah Kecemerlangan Guru dalam bidang Keusahawanan dan Inovasi Antarabangsa bersempena Persidangan Keusahawanan dan Inovasi Eropah di Novancia Business School, Paris. Beliau merupakan wakil tunggal Asia yang berada dalam senarai 10 finalis terakhir. Program ini adalah anjuran Academic Conference dan Publishing International Limited (ACPI) iaitu organisasi yang berpangkalan di London. Organisasi ini mengendalikan perhimpunan penyelidik akademik antarabangsa dan menggalakkan penyelidikan akademik cemerlang melalui penerbitan. Program yang Sirhajwan sertai ini adalah program bertaraf antarabangsa. Beliau membuat inovasi yang menggunakan konsep pembelajaran berasaskan projek bagi membolehkan pelajar membangun dan melaksanakan idea projek mereka melalui penerokaan inovasi dan keusahawanan.
Sebelum ini Mohd Sirhajwan juga pernah memenangi tiga anugerah pengajaran antarabangsa iaitu:
1. The Macmillan Teacher at My Heart pada tahun 2016.
2. Express Publishing IATEFL Scholarship pada tahun 2017
3. Anugerah Ikon Guru Kebangsaan
Mohd Sirhajwan juga merupakan salah seorang daripada 50 peserta akhir terbaik untuk Hadiah Guru Global pada tahun 2017.
ππ°
Manakala standard ketiga pula ialah kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Standard ini menekankan kebolehan guru untuk membuat perancangan, perlaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum. Kemahiran yang patut diperoleh oleh seseorang guru ialah:
S3.1 β Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim yang mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada serta jangkaan pencapaian seseorang murid.
S3.2 β Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik. Guru juga perlu mahir mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara serta kemahiran mentaksir dan menilai.
S3.3 β Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ini bertujuan untuk memperbaiki pengajaran guru serta meningkatkan pencapaian murid.
S3,4 β Kemahiran mengurus bilik darjah. Kemahiran ini melibatkan pengurusan hubungan kemanusian, masa, ruang dan sumber demi mencapai pembelajaran yang berkesan.
Isu-isu diatas menunjukkan bahawa penerapan dan pengamalan standard-standard ini mampu menaikkan taraf professionalisme seseorang guru yang secara tidak langsung menaikkan taraf pendidikan Malaysia.
Seperti yang telah dilaporkan dalam Sinar Harian yang diterbitkan pada 27 Januari 2019, Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) telah mengiktirafkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap persaingan yang baik dalam bidang pendidikan daripada 141 buah negara di seluruh dunia pada tahun 2018. Berdasarkan laporan itu, Malaysia telah berjaya menduduki tangga ke-19 daripada kesemua negara-negara dan benua di pelosok dunia. Kualiti pendidikan Malaysia telah melepasi United Kingdom (UK) yang berada pada tangga ke-20, Perancis tangga ke-26 dan Jepun pada tangga ke-31. Dalam kategori negara Asia Tenggara pula, kualiti pendidikan Malaysia berada pada tangga kedua selepas Singapura yang berada pada tangga pertama. Ini disusuli oleh Indonesia pada tangga ke-3, Thailand pada tangga ke-4 dan Vietnam pada tangga ke-5.
Pencapaian ini adalah daripada hasil usaha kerajaan Malaysia yang komited untuk memastikan bahawa pendidikan kita berada pada landasan yang baik. Kerajaan telah membina banyak prasarana yang terbaik di sekolah dan institusi pendidikan tinggi yang juga disokong dengan peningkatan kurikulum terkini yang dengan jayanya menjadikan kualiti pendidikan Malaysia diiktirafkan sebagai yang terbaik di dunia. Hasil kejayaan ini adalah daripada kerjasama dan usaha keras daripada pelbagai pihak iaitu kerajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta daripada kalangan tenaga pendidik yang tidak lokek mencurahkan ilmu pengetahuan dan membimbing para pelajarnya ke menara gading.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal Falsafah Pendidikan Guru (FPG) untuk kegunaan semua institusi program latihan perguruan dalam usaha melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung warisan negara serta menyanjung aspirasi kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan disiplin. Tenaga pendidik yang kompeten yang dilahirkan itu seterusnya menurunkan ilmu pengetahuan yang berguna kepada para pelajarnya dengan berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
πΈπΈ
Dalam usaha untuk memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang kemudiannya dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) seperti yang telah dinyatakan diatas, agensi dan institusi latihan perguruan mestilah menyediakan keperluan latihan yang berkesan dengan mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan, kewangan, pekeliling am dan arahan pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa. Jadi untuk memastikan guru mencapai tahap kompetensi yang diharapkan, lima keperluan latihan perguruan telah diperkenalkan.
Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon latihan perguruan. Institusi latihan perguruan hendaklah mematuhi syarat dan presedur demi memastikan bahawa hanya permohonan yang layak sahaja dapat tawaran mengikuti program ini.
Syarat dan kriteria yang patut dipatuhi adalah seperti berikut:
K1.1 β Mengiklankan permohonan
K1.2 β Menapis semua permohonan dan hanya memanggil calon yang layak sahaja untuk menduduki ujian kelayakan.
K1.3 β Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan untuk menghadiri temu duga.
K1.4 β Melaksanakan sesi temu duga calon guru.
K1.5 β Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya.
K1.6 β Mendaftarkan calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran.
K1.7 β Menandatangani perjanjian perhuruan.
Seperti yang telah dinyatakan daripada keratan akhbar The Malaysian Insight yang ditulis pada tahun 2019, terdapat 90% daripada guru tadika tidak mempunyai sijil dan kelayakan. Penang Kindergarten Teachersβ Association menyatakan bahawa terdapat banyak lepasan Ijazah daripada jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di luar sana tetapi industri Malaysia lebih gemar dan tetap pendiriannya untuk mengekalkan para guru yang sudah menpunyai pengalaman di sekolah-sekolah walaupun para guru tersebut tidak berkelayakan dan tidak mempunyai Ijazah dalam bidang tersebut.
Sekurang-kurangnya 10% daripada guru tadika yang sedia ada mempunyai kelayakan akademik pengajian tinggi dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak manakala lagi 90% daripadanya adalah sama ada daripada jurusan lain yang tidak berjaya memiliki kerjaya daripada jurusan yang dipelajari, tenaga pekerja yang dipilih oleh majikan ataupun pengusaha tadika untuk bekerja di sekolah itu ataupun tenaga pekerja yang tidak mempunyai sebarang sijil tetapi mendapat peluang untuk memulakan kerjayanya di tadika.
Seperti dalam keratan akhbar ini juga, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah menyasarkan kelayakan bagi penjawat baharu tenaga pengajar TABIKA KEMAS dimana mereka perlulah memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata ia adalah untuk meningkatkan kualiti dan tahap profesionalisme pendidikan masyarakat TABIKA KEMAS seiring dengan perubahan semasa. Ini adalah masih dalam perbincangan dan masih tidak dijadikan dasar pengelolaan urusan KEMAS lagi. Beliau menambah bahawa kemenjadian kanak-kanak adalah bergantung pada pendidik yang menguruskan mereka dalam kelas. Sesebuah TABIKA yang berkualiti mampu menyediakan pendidikan yang cemerlang seterusnya dapat meningkatkan perkembangan holistik kanak-kanak supaya mereka dapat bergerak seiring dan menangani cabaran abad ke-21 ini.
Hal ini adalah penting untuk memastikan bahawa perkembangan kanak-kanak daripada pelbagai aspek iaitu aspek intelek, emosi, fizikal, sosial dan rohani dapat dikembangkan dengan berkesan. Ini dapat diperolehi daripada pengetahuan mengenai bidang kanak-kanak ini dan pengalaman. Pengalaman ini tidak hanya disukat apabila seseorang itu telah bekerja dengan lamanya dalam bidang tersebut dan sudah tahu asam garam sesuatu kerjaya itu tetapi pengalaman ini juga dapat disukat dengan kemahiran dan pengetahuan bagaimana seseorang itu menangani masalah dan tahu menguruskan kanak-kanak tersebut. Ini dapat diperoleh daripada Latihan Mengajar ataupun praktikal yang para graduan telah jalani semasa mengambil Diploma dan Ijazah dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini.
Latihan, Pentaksiran dan Penilaian.
Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem permantauan, pentaksiran dan penilaian. Institusi latihan perguruan mestilah menyediakan perkara-perkara berikut untuk memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan juga penilaian.
K2.1 β Kurikulum latihan
K2.2 β Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten dan mancukupi.
K2.3 β Program terancang bagi guru pelatih untuk memperolehi pengetahuan dan pengalaman di sekolah.
K2.4 β Sumber pengajaran dan pembelajaran.
K2.5 β Pentaksiran dan penilaian yang berlandaskan peraturan peperiksaan dan penilaian yang sedang berkuatkuasa.
Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensidan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, isntitusi pendidikan tinggi tempatan atau luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.
Agensi dan institusi latihan perguruan perlu mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak demi untuk meningkatkan kualiti latihan perguruan. Antara agensi dan institusi tersebut ialah:
K3.1 β Sekolah
K3.2 β Institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.
K3.3 β Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform serta sukan dan permainan.
Infrastruktur dan Infostruktur
Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, infromasi dan komunikasi bagi mengoptimumkan kecekapan dan keberkesanan program latihan.
Untuk memastikan proses pengajaran dam pembelajaran yang berkesan, bermakna serta menyeluruh, agensi dan institusi latihan perguruan perlu menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini. Contoh prasarana dan sumber yang lengkap adalah seperti berikut:
K4.1 β Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi untuk memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran serta kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang bersesuaian.
K4.2 β Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran
Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan perlaksanaan dasar, stretegi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan. Pemantauan, penilaian dan pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut untuk menjamin kualiti latihan perguruan.
K5.1 β Memastikan jaminan kualiti terhadap Standard.
K5.2 β Memastikan jaminan kualiti terhadap keperluan.
K5.3 β Penandaaras latihan perguruan.
K5.4 β Memastikan Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia.
πΌπ·
Perincian Standard dan Keperluan yang digariskan adalah amat penting untuk menjamin program latihan yang dilaksanakan dapat menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif dan berketerampilan.
Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kempetensi professional yang patut dicapai oleh guru demi untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia. Standard Guru Malaysia dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan masyarakat yang unggul.
Comments
Post a Comment