PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) DAN KANDUNGANNYA SECARA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT
Falsafah Pendidikan Guru?
Apakah yang dimaksudkan dengan Falsafah Pendidikan
Guru?
Bagaimanakah Falsafah Pendidikan Guru ini boleh
ditubuhkan?
Pengenalan
Sejarah Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru Malaysia
Sebelum
tahun 1982, pendidikan guru di Malaysia tidak mempunyai falsafah yang tersurat
dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru pada ketika itu bergerak selari
dengan matlamat negara sepertimana yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran
seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961) dan Rancangan
Malaysia.
Selepas daripada itu, pada tahun 1979, Laporan Jawatan
Kuasa Kabinet telah menetapkan hala tuju pendidikan guru di Malaysia. Hala tuju
ini bertujuan untuk -:
i. Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi mengembangkan lagi potensi murid.
ii.
Melahirkan
guru yang mampu membudayakan ilmu dalam masyarakat
Sehubungan itu pada tahun 1982, Kementerian Pendidikan Malaysia dibawah bahagian Pendidikan Guru telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru secara rasminya.
Objektif Utama Falsafah Pendidikan Guru
Falsafah Pendidikan Guru didokumentasikan adalah untuk menjadi rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru di Malaysia.
Pernyataan Kandungan Falsafah Pendidikan Guru Malaysia
“Pendidikan guru di Malaysia adalah untuk melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjungjung warisan negara serta menyanjung aspirasi kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang Bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.” (BPG, KPM, 1982)
Kandungan Falsafah Pendidikan Guru
Keterangan Kandungan Falsafah Pendidikan Guru
· Untuk menjadi seorang guru, seseorang itu perlulah sentiasa bersedia meletakkan kepentingan utama kepada pihak/orang lain seperti murid, ibu bapa, masyarakat dan negara melebihi diri sendiri dan keluarga.
Contohnya, seorang guru sanggup mengorbankan cuti hujung minggunya demi mengajar anak-anak didik dengan mengadakan kelas tambahan dengan harapan pelajar dapat lebih memahami sesuatu topik yang diajar dengan lebih baik.
Seseorang pendidik itu perlulah sentiasa -:
· Berfikiran positif, proaktif, inovatif dan motivatif.
· Mempunyai minda yang kehadapan dan memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran.
· Berusaha
mencari dan mengguna idea, kaedah dan bahan baru dalam melaksanakan tugas.
Sebagai contoh, untuk menjadi seorang guru yang profesional, guru-guru perlulah bijak dalam merancang aktivti pengajaran dan pembelajaran didalam kelas dengan mempelbagaikan teknik mengajar bagi menambahkan lagi keseronokkan dan semangat pelajar untuk belajar. Tambahan pula pada era kemajuan ini, majoriti pelajar hari ini lebih terdedah dengan penggunaan gadjet seperti telefon pintar, komputer riba dan pelbagai aplikasi media sosial seperti Instagram, WhatsApp, Facebook dan lain-lain. Oleh yang demikian, guru-guru bolehlah mengambil alternatif ini untuk mengadakan kuiz atas talian dengan menggunakan aplikasi seperti Quizziz atau Kahoot! bagi menarik minat pelajar untuk belajar disamping dapat menambahkan lagi pengetahuan pelajar dalam sesuatu topik.
3. Bersedia menjunjung aspirasi negara
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, aspirasi membawa maksud keinginan atau kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu. Dalam konteks ini, guru-guru perlulah sentiasa bersedia untuk -:
· Meletakkan hasrat dan matlamat negara sebagai yang terpenting.
· Mendahulukan kepentingan negara dalam melaksanakan tugas.
Contohnya, guru
perlulah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) untuk mendidik pelajar dengan jujur, ikhlas dan amanah semasa
aktiviti pengajaran dan pembelajaran mahupun di luar bilik darjah. Selain itu,
guru-guru juga hendaklah sentiasa mentaati arahan yang diberikan oleh pihak
pentadbiran sekolah mahupun KPM dengan jayanya.
4. Menyanjung warisan kebudayaan negara
· Dalam konteks ini, guru-guru perlulah meletakkan diri sebagai role model yang baik dengan menghayati warisan kebudayaan negara agar menjadi teladan kepada murid, ibu bapa dan masyarakat.
Contohnya,
guru-guru perlulah sentiasa menjaga kelakuan diri seperti bersopan santun,
menjaga pertuturan kata, berilmu pengetahuan dan mengamalkan kebersihan diri di
dalam dan di luar sekolah agar murid-murid berasa kagum dan hormat seterusnya berkeinginan
untuk menjadi dan mencontohi guru-guru di sekolah.
5. Menjamin perkembangan individu
· Sebagaimana yang kita sedia maklum, menjadi tanggungjawab seorang guru untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
· Dalam hal ini, guru-guru perlulah sentiasa memberikan keutamaan dan memastikan setiap murid diberi peluang untuk mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani emosi dan jasmani secara terbimbing dalam aktiviti pembelajaran dan aktiviti kokurikulum.
Contohnya,
guru-guru sewajarnya memberikan kebebasan kepada pelajar untuk memilih subjek
elektif atau aktiviti kokurikulum mengikut minat masing-masing agar murid-murid
berasa lebih seronok untuk belajar seterusnya mampu mengembangkan lagi potensi
diri dalam sesuatu perkara yang diminati.
6. Memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu
· Sebagaimana yang diketahui, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina, India dan Iban. Dalam hal ini, guru-guru merupakan individu terpenting dalam membantu mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk ini.
· Seseorang guru itu hendaklah memberikan penekanan terhadap unsur bersatu padu dalam setiap aktiviti yang dijalankan disamping memastikan murid-murid pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain sama ada didalam mahupun diluar bilik darjah.
Contohnya, guru-guru
perlulah sentiasa menerapkan elemen perpaduan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas mahupun kokurikulum tanpa ada rasa pilih kasih atau
sifat perkauman agar murid-murid dapat berinteraksi dengan baik disamping
mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dengan pelajar kaum lain.
7. Memelihara suatu masyarakat yang demokratik
· Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah memberikan peluang kepada murid-murid untuk membuat keputusan dan berlaku adil dalam membuat keputusan serta bertindak berasaskan pertimbangan wajar.
Contohnya, sebagai seorang pendidik, guru-guru sewajarnya memberikan peluang kepada pelajar untuk membuat keputusan sendiri terutamanya dalam aspek memilih aliran pengajian. Dalam hal ini, guru boleh memainkan peranan untuk memberikan nasihat kepada pelajar dalam keputusan yang telah dibuat oleh pelajar itu sendiri. Setelah memberikan nasihat, terpulang kepada pelajar untuk membuat keputusan aliran pengajian secara muktamad.
8.
Memelihara
suatu masyarakat yang progresif
Sekiranya anda memilih kerjaya sebagai seorang guru, maka anda perlulah bersedia untuk -:
· Memberikan penekanan kepada aspek inovatif, kreatif, analitikal, kritikal, holistik, bersepadu dalam melaksanakan tugas bagi membentuk murid yang dapat berfikir secara progresif dan saintifik.
· Menekankan kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah dapatan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka cipta inovasi baharu.
Hal ini bertujuan
untuk melahirkan generasi muda yang berminda kelas pertama yang mana mampu memberikan
perubahan dalam pelbagai aspek kemajuan negara dengan daya cipta yang
tersendiri di masa akan datang.
Seorang guru mencipta inovasi baru dalam usaha membantu anak muridnya
yang cacat penglihatan untuk berlari bersama-sama.
9. Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin
· Dalam kandungan ini, guru perlulah memastikan keharmonian, keselamatan dan keamanan menerusi penerapan nilai etika dan peraturan yang mesti dipatuhi oleh murid agar membentuk masyarakat yang cemerlang dan berdisiplin.
Contohnya,
guru-guru hendaklah menerapkan semangat cinta akan kemerdekaan dalam diri
setiap murid dengan mengadakan Program Bulan Kemerdekaan pada setiap tahun.
Melalui program ini, guru-guru bolehlah merancang pelbagai aktiviti yang
menarik seperti syarahan kemerdekaan, pertandingan poster kemerdekaan, kuiz dan sebagainya agar pelajar dapat memupuk rasa
cinta akan negara seterusnya meningkatkan disiplin diri untuk menjadi insan
yang berjiwa patriotik.
Comments
Post a Comment