Mari Berkenalan

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU SEBAGAI TERAS KEPADA PEMBENTUKAN PEMIKIRAN DAN AMALAN GURU-GURU DARI ASPEK PENGETAHUAN, KETERAMPILAN, SAHSIAH DAN ETIKA GURU

Guru merupakan contoh utama bagi para pelajar maka Pembentukan Pemikiran dan Amalan Guru-guru yang diutamakan oleh Falsafah Pendidikan Guru adalah sangat wajar bagi melahirkan guru dan para pelajar yang berilmu dan berakhlak.

Teras-teras Pembentukan Pemikiran & Amalan Guru-guru dari Aspek:


  • Guru seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan berpandangan progresif dan saintifik.
  • Guru perlulah sentiasa berfikiran positif, proaktif. inovatif dan motivatif. 
  • Guru juga perlu mempunyai minda yang sentiasa berfikiran kehadapan dan sentiasa rajin untuk memperkembangakan ilmu pengatahuan dan kemahirannya.
  • Guru yang profesional juga akan sentiasa berusaha mencari dan menggunakan idea, kaedah dan bahan baru dalam melaksanakan bidang tugas.
Seperti yang digariskan oleh Shulman (1986), terdapat 7 kategori pengetahuan yang mesti dihayati dan dikuasai untuk menjadi seorang guru yang profesional:

PENGETAHUAN TENTANG:

Rajah di atas menujukkan 7 kategori pengetahuan

Teras-teras Pembentukan Pemikiran & Amalan Guru-guru dari Aspek:


Setiap individu guru yang profesional seharusnya memiliki keterampilan dasar mengajar. Hal ini demikian kerana, ianya merupakan keterampilan khas bagi seseorang guru tersebut dapat melaksanakan tugas mengajarnya dalam bentuk yang efektif, efisyen dan profesional.

Terdapat 8 keterampilan dasar mengajar yang perlu diketahui dan dikuasai oleh seseorang guru:

Keterampilan-keterampilan di atas merangkumi kemahiran mengurus bilik darjah, menggunakan metodologi pengajaran, membina dan mengguna bahan bantu mengajar dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, guru juga perlu mempunyai kemahiran-kemahiran berikut:
  • Kemahiran Teknologi
  • Kemahiran Profesional
  • Kemahiran Komunikasi
  • Kemahiran Interpersonal
  • Kemahiran Intrapersonal
Teras-teras Pembentukan Pemikiran & Amalan Guru-guru dari Aspek:


Nilai atau sahsiah adalah sesuatu yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif, motivatif dan patuh kepada Etika Profesionalisme Keguruan.

  • Guru adalah contoh utama dan perlulah terlebih dahulu memilik sahsiah yang baik kerana setiap perbuatan, percakapan dan daya pemikiran seseorang guru akan dicontohi oleh para pelajar. Oleh itu, guru yang baik sahsiah akan melahirkan para pelajar yang turut baik sahsiahnya.
  • Menurut Prof. Mohd Kamal Hassan(1998), 'contoh teladan guru inilah yang dapat membantu pembentukan akhlak pelajar'.
  • Maka, sebagai seorang guru yang berwibawa dan profesional seharusnya melengkapi diri dengan akhlak mulia terlebih dahulu tidak kiralah jika ada sesetengan individu atau masyarakat yang tidak menghargai sikap ketinggian budi pekerti ini.

Teras-teras Pembentukan Pemikiran & Amalan Guru-guru dari Aspek:




  • Sistem dasar ini merangkumi aspek-aspek moral yang baik dan yang kurang baik, ia juga meliputi yang betul dan yang salah dengan atas tujuan untuk memberi garis panduan kepada ahli-ahli yang berkenaan.
  • Bagi konteks perguruan, etika dipegang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu 'TATASUSILA PROFESION PERGURUAN'.
  • Etika ini dijadikan garis panduan dan dasar utama yang perlu dipatuhi oleh setiap kakitangan perguruan.
  • Jika seseorang individu melanggar etika ini, individu tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib dan dikenakan hukuman yang sepadan dengan pelanggaran etika yang dibuat.
  • Kesimpulannya, seseorang guru wajib menerapkan dan mengikuti etika yang disyorkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia agar dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan baik.

Comments