ANALISIS KRITERIA PROFESION KEGURUAN SEBAGAI KERJAYA PROFESIONAL
DEFINISI PROFESION
- Suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khusus. - Kamus Dewan IV (2005) -
- Pekerjaan yang melibatkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang kompleks. Ahli sesuatu profession berpegang kepada kod etika dan komited memberi perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada masyarakat yang disifatkan sebagai satu perjanjian antara profesion berkenaan dengan masyarakat. - Cruess, Johnston & Cruess (2004) -
- Suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh mesyarakat, menikmati autonomi, mementingkan kualiti perkhidmatan, mempunyai kod etika dan mempunyai organisasi sendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan profesion. - Lieberman (1956)
KRITERIA GURU PROFESIONAL
- Ilmu Profesional Guru
- Pedagogi umum - Pengetahuan mengenai prinsip kaedah dan pengajaran
- Kandungan subjek - Pengetahuan tentang topik, peraturan, struktur dan teori tertentu bagi subjek tertentu
- Pedagogi kandungan subjek - Pengetahuan tentang cara mengorganisasikan, mempersembahkan, dan mengubahsuai topik, masalah atau isu tertentu mengikut kebolehan dan keminatan murid.
- Kurikulum - Pengetahuan tentang pengertian, teori, dan model-model kurikulum
- Pelajar - Pengetahuan umum tentang murid seperti kesukaran pembelajaran, miskonsepsi, latar belakang, tahap kognitif dan sikap murid.
- Konteks pendidikan - Pengetahuan tentang sejarah dan metlamat sistem pendidikan, struktur pendidikan, serta pengaruh budaya setempat terhadap sekolah.
- Falsafah, matlamat, tujuan pendidikan - Pengetahuan tentang tujuan pendidikan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Kemahiran Guru
- Kemahiran teknologi
- Kemahiran Profesional
- Kemahiran komunikasi
- Kemahiran interpersonal
- Kemahiran intrapersonal
3. Nilai dan Sahsiah Guru
- Amalan nilai-nilai murni
- Perilaku guru yang penyayang
- Bepekerti mulia
- Berdaya tahan
- Patriotik
- Inovatif
- Kreatif
- Motivatif
- Patuh kepada Etika Profesionalisme Keguruan
KRITERIA PROFESION KEGURUAN SEBAGAI KERJAYA PROFESIONAL
KETERANGAN DAN CONTOH KRITERIA PROFESION KEGURUAN SEBAGAI KERJAYA PROFESIONAL
- Kerjaya Unik
- Tahap Pendidikan Yang Tinggi
- Pengetahuan dan Kefahaman : tentangpelajar, kurikulum, konten, falsafah dan matlamat pendidikan serta persekitaran pendidikan.
- Kemahiran Kaedah dan Teknik : pedagogi umum, pedagogi kandungan, pengurusan bilik darjah dan ICT.
- Amalan NIlai Profesional : amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif, motivatif dan patuh kepada Etika Profesionalisme Keguruan.
- Latihan Yang Lama
- Kod Etika Perkhidmatan
Kod etika merupakan garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan kepada aspek yang berkaitan dengan peraturan, peranan nilai serta tingkahlaku profesional. Bagi seseorang guru mereka perlu mematuhi kod etika ini demi menjaga imej, maruah, status, akhlak dan keperibadian seseorang guru. Lebih-lebih lagi dalam konteks negara kita Malaysia, imej yang dipertontonkan oleh seseorang guru perlu boleh diteladani oleh anak-anak muridnya supaya imej dan maruah guru dapat dimartabatkan dan diletakkan di tempat yang tinggi. Di Malaysia, “Tatasusila Profesyen Keguruan” yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, adalah merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej profesionnya. Tindakan tatatertib dan hukuman sewajarnya akan dikenakan sekiranya seseorang melanggar etika tersebut.
- Persatuan
- Tanggungjawab
Comments
Post a Comment